Home Muktamar PAS Ke 64 13 Jam Penerbangan Untuk Kongsi Kisah Menarik

13 Jam Penerbangan Untuk Kongsi Kisah Menarik

3
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 15 Sept : Perwakilan Kelab PAS luar negara, Saudara Encik Kamaruzzaman turut hadir ke Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke 64 hari ini.

Beliau yang mengambil masa 13 jam di udara sebelum tiba ke tapak muktamar tampil mengemukakan beberapa isu khususnya yang berlaku di Ireland.

Ulasnya, mereka kini giat mengembleng tenaga ahli profesional di sana untuk tujuan dakwah.

“Ireland merupakan antara negara dalam kesatuan Eropah dan mempunyai hampir empat juta penduduk.

“Justeru, kita perlu sedar ada medan dakwah yang besar di bumi asing ini.

“Mereka ini aset negara yang perlu kita dekati dari sekarang.

“Kita nak mereka faham dan dalami perjuangan PAS,” ujarnya ketika memberi saranan agar mengoptimumkan dan memanfaatkan golongan profesional baik penuntut universiti di sana.

Oleh itu katanya, PAS perlu bekerja dari sekarang dengan organisasi yang lebih tersusun dan kemas bagi menjamin keberlangsungan dakwah di sana.