Home Artikel Terus Beristiqamah – Presiden PAS

Terus Beristiqamah – Presiden PAS

77
0
SHARE

BATU PAHAT, 18 Sept. – Presiden PAS YB Dato’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah meletakkan tema Terus Beristiqamah dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS kali ke-60 yang julung-julung kali berlangsung di Batu Pahat, Johor Bahru pada hari ini.

Beliau menyeru ahli PAS agar istiqamah dalam disiplin ilmu dan tarbiyah terutama ilmu fardhu ain yang mencakupi aspek aqidah, syariat dan akhlak secara menyeluruh kerana ia merupakan asas utama untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam.

“Tarbiyah mengikut acuan Allah ialah, ilmu fardhu ain dalam aspek aqidah, syariat dan akhlak secara menyeluruh  menjadikan kita istiqamah.”

Beliau turut melahirkan rasa bangga apabila PAS mampu menggabungkan semua ilmuan yang hebat dalam ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah.

“Kita telah berjaya menggabungkan semua kalangan ilmuan ini sejak mula ditubuhkan sehingga PAS kaya dengan semua kepakaran terkini.”

Tuan Guru Haji Hadi telah menggariskan lapan asas istiqamah yang perlu di dalami dan di perhati oleh seluruh penyokong dan pendokong PAS dalam Ucapan Dasar beliau di Dataran Haji Salleh, Batu Pahat kali ini.