Home Artikel Seruan Wala’, Istiqamah dan Sabar

Seruan Wala’, Istiqamah dan Sabar

2,178 views
0
SHARE

BATU PAHAT, 20 Sept – Dalam isu Menteri Besar Selangor, Tuan Guru Hj Hadi menegaskan bahawa PAS mempunyai pendiriannya sendiri, PAS tetap akan memikul amanah dan redha dengan apa jua ketetapan Allah swt.

Beliau juga menegaskan kepentingan wala’ kepada pimpinan parti, bukan memberi wala’ kepada pihak lain atau membocorkan rahsia parti.

Perwakilan diseru agar mempunyai jatidiri dan tidak membawa agenda parti lain dalam parti kita. Bersatu dalam perkara dasar, tidak berpecah walau berbeza pendapat.

Beliau mengakhiri ucapan penggulungan dengan seruan ahli PAS agar bersabar dan kuatkan kesabaran dan tetap teguh berada di posisi masing-masing walau apa yang berlaku, kerana perjuangan ini adalah panjang.