Home Artikel Muktamar Muslimat PAS kali ke-55 bermula

Muktamar Muslimat PAS kali ke-55 bermula

1,019 views
0
SHARE

SHAH ALAM, 3 Jun – Seawal jam tujuh pagi lagi para perwakilan Muslimat PAS seluruh negara mula memenuhi dewan muktamar di Shah Alam Convention Centre, pagi ini.

Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke 55 yang bertemakan Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan ini memfokuskan kepada dua isu utama iaitu pengukuhan dalaman parti dan halatuju perjuangan PAS.

Seramai 705 orang perwakilan telah mendaftar akan mengundi hari ini bagi memilih kepimpinan sesi 2015-2017.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian pagi ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung, Dato’ Mustafa Ali.

Muktamar yang berlangsung seharian ini dihadiri seluruh perwakilan dari seluruh negara.

Acara tahunan ini juga boleh diakses melalui live streaming http://muktamar.pas.org.my/index.php/siaran-langsung/dewan-muslimat