Home Artikel Pendidikan Ikut Acuan Islam, Muslimat PAS Siap Sedia

Pendidikan Ikut Acuan Islam, Muslimat PAS Siap Sedia

453 views
0
SHARE

KUALA SELANGOR, 5 Jun – Dewan Muslimat PAS menyokong usaha PAS dalam membina Pendidikan dengan acuannya. Malah, PAS di awal penubuhnnya tidak pernah leka dengan isu pendidikan.

Perwakilan Dewan Muslimat PAS Pusat, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, murid dan guru menjadi bahan uji kaji pelaksanaan kaedah-kaedah baharu yang ingin dijalankan oleh pihak kerajaan tanpa persiapan prasarana yang benar mencukupi.

Malah, apa yang berlaku sekarang mengakibatkan murid dan guru dibebankan dengan kerja, yang akhirnya menyebabkan tugas sebagai pendidik akan terjejas.

Justeru itu, Dewan Muslimat juga bersedia membantu merealisasikan hasrat PAS ini kerana Muslimat mempunyai kepakaran dalam hal pendidikan ini.

Beliau mengambil contoh kejayaan oganisasi PASTI dari kawasan hingga ke PASTI Pusat hingga tertubuhnya Majlis Guru PASTI Malaysia (MGP).

Sehubungan itu, Muslimat PAS mencadangkan keperluan satu jabatan sebagai penyelaras kepada sistem pendidikan yang sudah diusahakan PAS sebelum ini.

“Pelbagai usaha yang telah dilakukan dari peringkat sekolah, madrasah, tahfiz dan kolej yang telah dibangunkan, samaada oleh kawasan-kawasan mahupun PAS Pusat sendiri,” katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS kali ke-61 hari ini.

Acuan pendidikan manusia mengikut acuan Islam. Namun dasar ini tidak dijadikan dasar yang sepatutnya oleh Kerajaan. Maka, inilah yang perlu diusahakan oleh PAS supaya pendidikan awal ini melalui proses acuan yang menekankan aqidah, syariat dan akhlak.