Home Artikel Tarbiah Melahirkan Ahli Istiqamah

Tarbiah Melahirkan Ahli Istiqamah

26 views
0
SHARE

 

 KOTA BHARU, 3 Jun: Dalam ucapan penggulungan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyebut firman Allah di dalam surah Al-Imran:79.

كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

“Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), dengan apa yang kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan dengan apa kamu selalu mempelajarinya.

Bicaranya tentang tarbiyah, beliau mengharapkan agar semua dalam kalangan ahli PAS menjadi ahli yang dapat menangani dalam soal pemahaman perjuangan islam.

Ahli PAS mesti menjadi golongan tidak melampau atau terlalu lunak sehingga meninggalkan asas-asas prinsip perjuangan Islam.

Tegas beliau lagi, ‘Indikator berjayanya tarbiyah PAS sebenarnya adalah ketika mana ahli PAS ditarbiyah, tidak taasub kepada pemimpin. Kita taasub kepada pimpinan selagi pimpinan itu wala pada Allah dan rasul serta jemaah.’

Ini merupakan kejayaan tarbiyah PAS.

‘Mengingatkan kepada kami sebagai pimpinan, ahli PAS masuk PAS kerana faham bukan kerana taasub kepada mana-mana pimpinan.’