Home Muktamar PAS Ke 63 Muhammad Hasrul Pemenang Logo Muktamar PAS Kali Ke 63

Muhammad Hasrul Pemenang Logo Muktamar PAS Kali Ke 63

271 views
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Muktamar PAS kali ke 63 akan diadakan dari 29hb April hingga 1hb Mei, 2017 di Kedah, Bagi memeriahkan dan memasyarakatkan muktamar PAS kali ni, PAs telah sekali lagi mengadakan Pertandingan mencipta logo muktamar yang terbuka kepada rakyat Malaysia untuk menyertainya. Pengarah Pertandingan Logo Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 63, Shuhaimi Embong berkata, pertandingan kali ini dibuka selama 3 minggu untuk penyertaan dari rakyat malaysia bermula 14 Febuari hingga 3 Mac 2017 yang lalu.

“Sebanyak 180 penyertaan telah diterima termasuk dari non muslim dengan 177 penyertaan diterima dari 180 penyertaan dan 3 penyertaan telah ditolak kerana dihantar luar dari masa yang ditetapkan iaitu berakhir jam 12.00 tengah malam, pada 3 Mac 2017”, katanya kepada Portal PAS (CPP) selepas pemenang diputuskan dalam Jawatankuasa Panitia Induk Muktamar kali ke 63 dan disahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan IT PAS (JITP) menyebut, “Penilaian pemilihan logo pertandingan pada kali ini amat ketat dan berbeza dari sebelum ini kerana ianya berlangsung sebanyak 2 saringan.

Proses Saringan pertama oleh juri awam dilakukan pada 7-8 Mac 2017 Juri awam adalah dikalangan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan AJK Jabatan IT PAS Pusat serta Ahli Badan Kebajikan Kakitangan PAS (BAKIP) seramai 30 orang dengan undian dibuat sama ada dibuat secara online atau manual dengan datang sendiri di Pejabat Agung PAS Pusat. Sebanyak 119 logo terpilih dalam saringan awal dan sekretariat memilih 17 logo tertinggi dari undian yang diterima dari juri awam.

Saringan kedua pula dilakukan juri khas pertandingan logo pada 8 Mac 2017 seramai 3 orang yang terdiri daripada orang yang pro dalam grafik design termasuk juga pemenang beberapa pertandingan sebelum ini yang tidak menyertai pertandingan pada kali ni. Dalam saringan kedua ini, juri khas membawa masuk 7 lahi logo yang tidak tersenarai dalam 17 logo teratas pada saringan pertama oleh juri awam menjadikan 24 logo tersenarai untuk dipilih 11 logo sebagai pemenang utama dan 10 hadiah saguhati untuk dinilai Panitia Muktamar Tahunan PAS Ke 63 pada 10 Mac 2017.

Setelah pemilihan beberapa peringkat dilakukan, pihak jawatankuasa pertandingan mengumumkan logo yang dihasilkan oleh MUHAMMAD HASRUL BIN ABDUL RAZAK berusia 29 tahun dari Cangkat Jering, Taiping Perak telah diisytiharkan sebagai pemenang utama pertandingan mencipta logo Muktamar PAS ke 63″.

Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM 1,630 dan juga sijil penghargaan pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 63 di Kedah nanti. Disamping pemenang utama, pihak penganjur juga menyediakan 10 anugerah saguhati dengan wang tunai sebanyak RM 100 dan sijil penghargaan setiap seorang.

Sepuluh pemenang anugerah saguhati kepada pertandingan Mencipta Logo Muktamar ke63 adalah MOHD IZZAT BIN ABDUL AZIZ (Rantau Panjang, Kelantan), MUHAMMAD ARIFF BIN HARON (Pasir Gudang, Johor), MOHD KHAIRUL ANWAR SALLEH (Labuan), USAMAH BIN ARIS (Johor Bahru), WAN AHMAD HANIF BIN WAN MOHAMED @ ADNAN (Pasir Putih, Kelantan), DATU MOHD SHUKRY BIN DATU ALI HASSAN (Lahat Datu, Sabah), MOHAMAD MU’AZ BIN ROSLI (Baling, Kedah), WAN MOHAMAD KAMIL BIN WAN ZULKIFLI (Wakaf Bharu, Kelantan), RUDY YANTO BIN ADIM (Skudai, Johor) dan MOHD HAIRI ATAN (Segamat, Johor).

Pihak sekretariat mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Urusetia akan menghubungi para pemenang. Maklumat berkaitan muktamar boleh diikuti menerusi laman web khas muktamar di alamat http://muktamar.pas.org.my