Home Dewan Muslimat “Bersyukurlah Allah Pilih Kita Berjuang”

“Bersyukurlah Allah Pilih Kita Berjuang”

525 views
0
SHARE

Oleh: Asmaa Yusof

ALOR SETAR, 27 April – Wakil AJK PAS Pusat, Ustazah Hjh Nurul Faizah dan Tuan Dr Rosli Adam masing-masing mengucapkan tahniah atas kejayaan semua melaksanakan tanggungjawab mengikut perlembagaan parti di Muktamar DMPM hari ini.

Penghargaan tersebut disampaikan sejurus sesi ucapan penangguhan selesai oleh semua perwakilan negeri.

Ustazah Hjh Nurul Faizah dalam ucapannya memuji kesungguhan muslimat PAS yang bertunggus-lumus berusaha berjuang di jalan Allah.

Selain itu, beliau memberitahu betapa usaha tersebut turut mendapat perhatian masyarakat.

Seterusnya, beliau berkata orang yang terpilih berjuang dalam jemaah Islam seharusnya bersyukur.

“Bersyukurlah Allah pilih kita berjuang di jalan Allah,” kata beliau.

Ustazah menutup ucapannya dengan mendeklemasi sebuah sajak yang menyentuh hati.

Rata-rata para muktamirat mengalirkan air mata semasa sajak beliau dibaca. Bait-bait yang meruntun jiwa para muslimat di dalam dewan. MasyaAllah. Semoga Muslimat terus memacu kemenangan. Sirru ala barakatillah!