Home Uncategorized Pemuda Selangor Gesa Putus Tahaluf PKR, Tekad Bersama Gagasan Sejahtera

Pemuda Selangor Gesa Putus Tahaluf PKR, Tekad Bersama Gagasan Sejahtera

471 views
0
SHARE

Pemuda Selangor Gesa Putus Tahaluf PKR, Tekad Bersama Gagasan Sejahtera

oleh: Nasrudin

ALOR SETAR, 28 April – Pemuda Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar menyeru semua perwakilan untuk memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR dan tekad besama Gagasan Sejahtera.

Seruan tersebut diutarakan dalam ucaptema beliau di Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-58 hari ini.

Tambah beliau, kita mestilah mengamalkan konsep tahaluf siyasi dengan syarak maka wajib kita keluar daripada tahaluf siyasi dengan syarak.

Walaubagaimanapun katanya, beliau yakin masih ada kalangan ahli PKR yang ingin memastikan kelansungan parti itu lancar.

“Kita yakin dan percaya ada segelintir daripada sahabat-sahabat kita daripada PKR yang ikhlas membela rakyat justeru ingin negara terus berada dalam keadaan baik,” kata beliau.

Beliau seterusnya mengingatkan semua agar bersama dengan Gagasan Sejahtera yang dibawa oleh PAS.

Muktamar Dewan Pemuda kali ini berlangsung selama dua hari.