Home Pusat Agenda Pemacuan Gelombang Tsunami Hijau

Agenda Pemacuan Gelombang Tsunami Hijau

242 views
0
SHARE

Agenda Pemacuan Gelombang Tsunami Hijau

Oleh: Aisyah Yamin

ALOR SETAR, 29 April – Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang turut mengetengahkan agenda pemacuan gelombang tsunami hijau dalam ucapannya di Muktamar hari ini.

Mengulas hal tersebut, beliau turut menegaskan berkenaan agenda ini merupakan salah satu agenda parti sebelum berdepan PRU-14 nanti dan akan dilaksanakan pada waktu dan saat yang paling sesuai.

“Agenda Pemacuan Gelombang Tsunami Hijau sebagai suatu panggilan kepada seluruh warganegara untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan secara harmoni dalam negara kita ini.

“Tiada siapa boleh memaksa atau mengugut kita untuk menyatakan pendirian, apatah lagi apabila ianya melibatkan strategi yang akan kita laksanakan.

Menurut Tuan Guru, PAS memerlukan pendekatan yang boleh menyatukan kepelbagaian kaum, kerana mereka juga faham akan keperluan masyarakat Islam untuk terus mengamalkan kehidupan beragama di tanah air mereka ini.

Berkenaan isu ini, katanya PAS tidak pernah memusuhi mana – mana kaum yang ada dalam negara ini kerana mereka juga adalah penyumbang kepada keharmonian yang berpanjangan di Malaysia.

Sebaliknya, PAS hanya menentang sikap ‘chauvinis’ dan perkauman sempit parti – parti tertentu ini sahaja.

Justeru, Tuan Guru Presiden sekali lagi mengutarakan keutamaan ahli PAS ialah menyerlahkan keyakinan Islam sebagai penyelesaian dan melibatkan idea – idea bernas dan kritis dari rakyat untuk perubahan di Malaysia.