Home Pusat Gimik Pelancaran Muktamar PAS Mengimbau Memori

Gimik Pelancaran Muktamar PAS Mengimbau Memori

278 views
0
SHARE

Gimik Pelancaran Muktamar PAS Mengimbau Memori

Oleh: Syathir Lutfi

ALOR SETAR, 29 Mei – Pelancaran Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 meriah dihiasi dengan gimik menumbuk padi menggunakan lesung secara tradisional oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai simbolik kepada Muktamar yang berlangsung di Negeri Kedah yang dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi.

Sebelum daripada itu, gimik dimulakan dengan dua orang pesawah berpakaian tradisional menuntun ‘basikal tua’ ke dalam dewan dan kemudiannya memikul sekampit padi ke atas pentas. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melengkapkan gimik pelancaran dengan menumbuk padi menggunakan lesung.

Muktamar tahunan PAS berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, 29 April hingga 01 Mei di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.