Home Pusat Muktamar PAS Berlangsung Di Ambang PRU ke-14

Muktamar PAS Berlangsung Di Ambang PRU ke-14

125 views
0
SHARE

Muktamar PAS Berlangsung Di Ambang PRU ke-14

Oleh: Muhammad Zaki Hassan

ALOR SETAR, 29 April – Muktamar PAS kali ke-63 ini berlangsung di ambang Pilihan Raya Umum (PRU) yang perlu diadakan sebelum penggalnya berakhir.

“Seluruh parti politik di dalam negara kita sarat membicarakan Pilihan Raya Umum ke-14 yang perlu diadakan sebelum penggalnya berakhir pada bulan Jun 2018 nanti”, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ujar beliau lagi, “Hiruk-pikuk politik pilihan raya di kalangan parti-parti politik dalam negara kita ini menyebabkan semuanya teruja, sehingga dilihat oleh rakyat begitu galak mengagih-agih jawatan sekiranya menang Pilihan Raya Umum”.