Home Pusat Muktamar PAS Pusat Guna Sistem e-Undi

Muktamar PAS Pusat Guna Sistem e-Undi

1,186 views
0
SHARE

Muktamar PAS Pusat kali ke 63 pada hari ini menggunakan Sistem e-Undi untuk pemilihan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk sesi 2017-2019.

Sistem tersebut dibangunkan oleh pakar-pakar IT dari Jabatan IT PAS (JITP). Setiausaha AgUng PAS Pusat, Dato’ Takiyuddin Hassan dalam ucapan aluannya memaklumkan, PAS Pusat telah bersetuju untuk menggunakan kaedah e-Undi dalam pemilihannya kali ini bagi mempercepatkan proses kiraan undi dan juga ianya memberikan satu lagi transformasi imej kepada parti dalam memanfaatkan teknologi yang ada.

 

Jabatan IT PAS (JITP) ditugaskan oleh Lembaga Pemilihan PAS Pusat untuk membangunkan sistem e-Undi yang diperlukan untuk muktamar PAS Pusat ke 63.

Menurut Shuhaimi Embong, Pengarah JITP, sistem e-Undi mula digunakan oleh beberapa kawasan dan Dewan Negeri-negeri seperti Penang, Johor, Pahang dan lain-lain sejak beberapa tahun lalu.

“Bagi peringkat Pusat, ini adalah kali pertama ianya diaplikasikan dalam pemilihan Muktamar PAS Pusat”, katanya yang juga Ketua Unit IT Panitia Muktamar PAS ke 63.