Home Uncategorized Muktamar Tahunan PAS Diteruskan Pada Sesi Petang

Muktamar Tahunan PAS Diteruskan Pada Sesi Petang

134 views
0
SHARE

Muktamar Tahunan PAS Diteruskan Pada Sesi Petang

Oleh: Zakiah Hannan

ALOR SETAR, 29 April- Usai sesi pagi berakhir tengahari tadi, agenda Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 diteruskan lagi pada sesi petang bermula dengan pembentangan dan pengesahan Peringatan Muktamar Tahunan PAS kali ke-62.

Kemudian, agenda pembentangan dan penerimaan Laporan Tahunan PAS 2016/2017 dan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2016 pula bakal mengambil tempat sebelum agenda pemilihan berlangsung.

Muktamar tahun ini mendapat perhatian umum kerana tahun ini adalah tahun pemilihan parti itu yang berlangsung dua tahun sekali.

Terdahulu, Lembaga Pemilihan PAS Pusat mengisytiharkan bahawa calon bagi jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden dan Timbalan serta Pemeriksa Kira-kira adalah menang tanpa bertanding.

Dengan tema ‘Sejahtera Bersama Islam’, muktamar tahun ini berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut bermula hari ini hingga 01 Mei.