Home Pusat Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63 Bakal Dirasmikan Oleh Dato’ Seri Tuan Guru...

Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63 Bakal Dirasmikan Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi

262 views
0
SHARE

Oleh: Abdul Kahar

ALOR SETAR, 29 April – Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63 dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, 29 April sehingga 01 Mei 2017 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Muktamar kali ini bakal dirasmikan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Menariknya, muktamar kali ini dilihat sangat penting bagi PAS kerana ia dijangka muktamar terakhir yang diadakan sebelum Pilihanraya Umum Ke-14.

Terdahulu, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man disahkan menang tanpa bertanding dalam sesi pemilihan kali ini sebagai penyandang kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.