Home Dewan Pemuda PAS Ada Agenda Yang Lebih Besar – Ustaz Khalil

PAS Ada Agenda Yang Lebih Besar – Ustaz Khalil

322 views
0
SHARE

PAS Ada Agenda Yang Lebih Besar – Ustaz Khalil

Oleh: Aisyah Yamin

ALOR SETAR, 29 April – Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil semalam mendapat tumpuan media bagi menjawab pertanyaan mengenai ketegangan PAS dan parti serpihan, PAN.

Semasa ditanya, Ustaz Khalil menegaskan PAS masih punya agenda yang lebih besar dan tidak akan mensia-siakan masa melayan permainan media.

“Kita ada agenda yang lebih besar daripada apa yang dimainkan oleh media iaitu menyelamatkan negara kita daripada kemelut yang berlaku.

“Kerana itulah kita menyeru supaya semua pihak untuk memastikan kesejahteraan negara kita diperkuatkan khususnya perkara-perkara asas yang telah diletakkan di dalam perlembagaan seperti Islam sebagai agama negara dan hak-hak Melayu Islam,” katanya.

Dalam masa sama, beliau bagaimanapun berkata hak-hak bukan Islam yang berada di negara ini turut diraikan.

Sebelum mengakhiri sesi temu bual, beliau berharap agar ahli jemaah tidak mudah menerima apa yang ditulis daripada sumber yang tidak sahih.

Hal demikian ulasnya mampu menimbulkan ketegangan dalam jemaah.

Ustaz Khalil dalam ucapan sulong beliau semalam turut menyeru kepada semua Pemuda PAS supaya sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah S.W.T demi memastikan perjalanan jemaah kekal berada di landasan yang benar.