Home Pusat Ahli PAS Mesti Realisasikan Hasrat Ucapan Dasar Presiden

Ahli PAS Mesti Realisasikan Hasrat Ucapan Dasar Presiden

117 views
0
SHARE

Ahli PAS Mesti Realisasikan Hasrat Ucapan Dasar Presiden

ALOR SETAR, 30 April – Presiden bukan sahaja berkata, tetapi bertindak. Contohnya, isu ‘Nanyang Siang Pau’ menyiarkan karikatur monyet berserban, tetapi Tuan Guru bersedia memaafkannya.

“Ahli PAS seramai 800, 000 orang mesti memainkan peranan bagi merealisasikan budaya politik matang dan sejahtera di peringkat masing-masing.

“Santuni rakyat, bantu mereka, nescaya mereka akan bersama dengan kita.” Demikian saranan YB Zaidi, mewakili Selangor dalam ucapan usul terima kasihnya pagi ini dalam Muktamar.

Beliau mengajak seluruh ahli PAS agar sama-sama menghadirkan solusi bagi setiap permasalahan sekaligus mencerahkan hala tuju PAS untuk memimpin negara Malaysia.