Home Pusat “Dulu Saya BN, Sekarang Saya Sudah Taubat” -S.Suria Narayanan

“Dulu Saya BN, Sekarang Saya Sudah Taubat” -S.Suria Narayanan

72 views
0
SHARE

“Dulu Saya BN, Sekarang Saya Sudah Taubat” -S.Suria Narayanan

Oleh : Syathir Lutfi

ALOR SETAR, 30 April – Ucapan dari wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), S.Suria Saravanan menghangatkan suasana muktamar.

Beliau memulakan ucapan dengan menyatakan kebersamaan mereka bersama PAS yang tidak berbelah bahagi.

“Tuan-tuan, kalau saya berucap dalam bahasa tamil mungkin tuan-tuan tak faham tapi kami nak bagitahu sikitlah, sebelum ini kami dari BN.

“Saya datang dari Barisan Nasional, lepas itu kami sudah taubat, kami sudah insaf, kami masuk PAS.

“Mula-mula kami kelab penyokong PAS, sekarang sudah naik jadi Dewan Himpunan Penyokong PAS,” katanya bersemangat.

Ucapan Wakil DHPP disifatkan mesej khas kepada semua masyarakat bukan Islam supaya jangan takut untuk bersama PAS demi membina sebuah negara Malaysia yang berjaya.