Home Uncategorized Keharmonian Sosial Agenda Utama PAS

Keharmonian Sosial Agenda Utama PAS

53 views
0
SHARE

Keharmonian Sosial Agenda Utama PAS

Oleh: Abdul Kahar

ALOR SETAR, 30 April – Pembahas daripada Wilayah Persekutuan, Ustaz Farkhan Md Zain berkata keharmonian sosial harus menjadi agenda utama yang dibawa oleh PAS selari dengan ayat ke-13 surah al-Hujurat.

“Dalam aspek hubungan sosial kemasyarakatan, keharmonian sosial yang telah digagaskan oleh Islam perlu diaplikasikan dalam kepelbagaian kaum yg wujud dalam negara kita pada hari ini,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden.

Beliau juga menyentuh tentang peranan DHPP dalam membawa agenda keharmonian sosial dalam kalangan masyarakat di setiap peringkat.

Terangnya, dalam melaksanakan tugas ini, PAS perlu membawa penyelesaian Islam kepada masalah polarisasi kaum yang wujud di negara ini.

“PAS perlu terkehadapan dalam mewujudkan keharmonian sosial. Polarisasi kaum yang wujud atau sengaja diwujudkan demi kepentingan pihak tertentu perlu diatasi dengan penyelesaian Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam.”

“Justeru, sayap Dewan Himpunan PAS Pusat yan sedia ada wajar dijadikan sebagai ruang dalam melakukan integrasi nasional antara kaum dalam mewujudkan kesejahteraan antara kepelbagaian etnik dan kaum.”