Home Pusat ‘Lok Koho Punoh’

‘Lok Koho Punoh’

140 views
0
SHARE

”Lok Koho Punoh’

Oleh: Nik Nasri

ALOR SETAR, 30 April – Imej PAS di Terengganu sangat baik, bersedia untuk memerintah Terengganu selepas PRU 14 akan datang dengan izin Allah.

Ustaz Kamaruzzaman berkata, PAS Terengganu bersedia untuk bertanding di semua 32 DUN dan 8 kawasan Parlimen.

“Rakyat serik dengan Umno yang memerintah selama ini.

“Dengan bahasa Terengganu ‘lok koho punoh’ yang bermakna ‘kalau dibiarkan, akan terus rosak’, oleh itu perubahan mesti dibuat,” tegas beliau.

Selaku Perwakilan PAS Terengganu, beliau berkata PAS mesti mendepani isu semasa, proaktif terhadap isu rakyat, dan membentuk persepsi di kalangan masyarakat bahawa PAS terus utuh walaupun sekelompok kecil pemimpin aliran profesional PAS keluar Parti.

“PAS mesti membina imej untuk kuasai pengundi berumur 21 hingga 50 tahun.

“Pengundi wanita muda masih menjadi cabaran. PAS mesti kuasai akar umbi rakyat yang cenderung kepada Umno tetapi agak terumbang-ambing,” katanya.