Home Pusat Melestari Agenda Pertanian

Melestari Agenda Pertanian

49 views
0
SHARE

Melestari Agenda Pertanian

Oleh : Asyraf Hanif

ALOR SETAR, 30 April – ‘Agi Idup, Agi Ngelaban’ pembuka bicara perbahasan ucapan dasar dari Saudara Hamdan Sani selaku perwakilan dari negeri Sarawak.

Keadaan geografi di negeri Sarawak merupakan satu aset yang sesuai untuk industri pertanian negeri ini.

Perwakilan dari Bumi Kenyalang itu menyatakan, 14% daripada hasil negeri ini disumbangkan oleh industri perindustrian ini yang mencecah lebih kurang 14 billion ringgit.

Keadaan hasil yang banyak ini menimbulkan tanda tanya tentang pengurusan industri pertanian negeri ini.

“Adakah industri ini diuruskan secara telus?” Soal beliau.

Beliau juga menyifatkan pengabaian kepada pengurusan industri ini akan mengakis kemahiran di dalam industri ini.