Home Pusat Politik Matang Dan Sejahtera Perkasa Imej PAS

Politik Matang Dan Sejahtera Perkasa Imej PAS

46 views
0
SHARE

Politik Matang Dan Sejahtera Perkasa Imej PAS

Oleh : Abdul Kahar

ALOR SETAR, 30 April – Perwakilan PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Yusni Bin Md. Piah dalam ucapannya menyentuh soal agenda pemerkasaan imej PAS yang disebut dalam Ucapan Dasar Presiden PAS.

Katanya, pembawaan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) semakin mendapat tempat di hati rakyat.

“Imej PAS semakin bertambah baik melalui BPMS, namun perlu disemarakkan lagi oleh pimpinan di setiap lapis masyarakat, di setiap peringkat negeri, kawasan-kawasan dan cawangan-cawangan.

“Pimpinan juga perlu memikirkan cara untuk menyebarkan konsep BPMS dengan lebih berkesan.

“Imej PAS perlu seiring dengan budaya BPMS.

“Insyaallah, jika diteruskan usaha kita menyebarkan apa yang kita bawa ketika ini, PAS mampu untuk memenangi 60 kerusi di peringkat parlimen dan membawa negara kita membangun bersama islam,” katanya.

Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63 berjalan seperti biasa hari ini walaupun angin kencang berlaku semalam.