Home Pusat Tok Guru Yang Pilih Ustaz Ahmad Yakob

Tok Guru Yang Pilih Ustaz Ahmad Yakob

3,657 views
0
SHARE

Tok Guru Yang Pilih Ahmad Yakob

Oleh: Nik Nasri

ALOR SETAR, 30 April – Menteri Besar Kelantan sekarang, Dato’ Ahmad Yakob telah dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan oleh Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri di saat Al-Marhum masih ada, walaupun ketika itu ada orang yang mendakwa rapat dengan Tok Guru, bermimpi bertemu Tok Guru acapkali dan sebagainya.

Ini menunjukkan firasat dan pandangan jauh Tok Guru tentang orang yang layak memimpin Kelantan selepas Tok Guru Nik Aziz.

Penegasan tersebut dibuat Dato’ Ustaz Abdullah Yaakob selaku perwakilan Kelantan ketika menyampaikan ucapan usul terima kasih.