Home Pusat Waspada Dalam Memberi Kenyataan Yang Berunsur Perkauman

Waspada Dalam Memberi Kenyataan Yang Berunsur Perkauman

126 views
0
SHARE

Waspada Dalam Memberi Kenyataan Yang Berunsur Perkauman

Oleh: Hannan

ALOR SETAR, 30 April – Perwakilan Negeri Sembilan, Tuan Haji Abu Zarim Bin Abdul Rahman mengingatkan kepada barisan pimpinan dan semua ahli PAS supaya menghentikan sebarang kenyataan berbentuk lisan atau bertulis yang berbaur perkauman.

“PAS sebagai entiti dakwah dan siyasah tidak boleh menghina kaum lain dan hiduplah dengan harmoni tanpa menyalahkan kaum lain” ujar beliau.

Perwakilan Negeri Sembilan juga menyeru kepada semua ahli PAS supaya mengamalkan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS).

Mengakhiri ucapan beliau, perwakilan dari Negeri Sembilan mengingatkan kepada semua ahli PAS supaya tidak terlalu berhujah di dalam media sosial dan biarkan ‘Mujahid Cyber’ yang dilantik menjalankan tanggungjawab mereka dalam menerang atau menjawab terhadap sesuatu isu.