Home Pusat Wawasan Induk Negara Sebagai Alternatif

Wawasan Induk Negara Sebagai Alternatif

94 views
0
SHARE

WAWASAN INDUK NEGARA SEBAGAI ALTERNATIF

Oleh : Abdul Kahar

ALOR SETAR, 30 April – PAS Wilayah Persekutuan menggesa para perwakilan agar bersama memahami solusi Wawasan Induk Negara yang bakal digagaskan oleh PAS memaluk mandat pemerintahan yang diberikan oleh kepercayaan rakyat kepada PAS dalam memimpin negara dan rakyat ke arah membina negara yang Sejahtera Bersama Islam.

Perwakilan daripada Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Farhan Md Zain berkata, “dalam memacu agenda WINS, PAS perlu tampil sebagai sebuah parti alternatif kepada rakyat setelah negara hari ini ditimpa musibah keserabutan gaya politik yg bersifat perkauman, ‘chauvinis’, salah urus tadbir dan penyelewengan, penguasaan harta negara oleh pihak-pihak tertentu serta pelbagai lagi”.

Beliau menambah, melihat kepada statistik, masih ramai anak muda belum mendaftar sebagai pengundi disebabkan kebencian mereka terhadap ‘politiking’ parti pemerintah. Oleh itu, PAS dalam membawa WINS harus muncul sebagai alternatif kepada mereka.