Home Pusat Wawasan Induk Negara Sejahtera

Wawasan Induk Negara Sejahtera

68 views
0
SHARE

ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض ولكن كذبوا فأخذناهم بما كانوا يكسبون

[Quran 7:96]

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan

Ybhg Tuan Timbalan Pengerusi Tetap, Mursyidul Am dan seluru Ahli Majlis Syura Ulamak PAS PUSAT, Tuan Guru Presiden dan timbalan Presiden, Naib2 Presiden, Seluruh Ahli jawatankuasa Kerja PAS Pusat, muktamirin dan pemerhati yg dirahmati Allah.

1-Mewakili PAS WP, ucapan sokongan dan dokongan atas ucaptama yg telah dibentangkan oleh Tuan Guru Presiden. Kita yakin, dengan tema yg diangkat pada kali ini jelas menunjukkan bahawa Kesejahteraan yg dicanangkan tidak lain dan tidak bukan hanya apabila bersama dengan Islam.

2-PAS WP mengucapkan tahniah atas keberjayaan Tuan Guru Presiden dan pimpinan atas kejayaan awal membentangkan akta 355 pada sidang parlimen baru-baru ini. Kejayaan ini bukti kesungguhan PAS dalam memartabatkan syariat Allah sebagai solusi terhadap masalah umat dgn berpandukan kpd suluhan wahyu Ilahi.

3-Melalui subtopik Wawasan Induk Negara Sejahtera, PAS WP ingin menarik perhatian para muktamirin agar bersama memahami solusi yg bakal digagaskan oleh PAS melalui mandat pemerintahan yg diberikan oleh kepercayaan rakyat kepada PAS dalam memimpin negara dan rakyat ke arah membina negara Sejahtera Bersama Islam.

4-Dalam memacu agenda WINS, PAS perlu tampil sebagai sebuah parti alternatif kepada rakyat setelah negara hari ini ditimpa musibah keserabutan gaya politik yg bersifat perkauman, chauvinis, salah urus tadbir dan penyelewengan, penguasaan harta negara oleh pihak2 tertentu serta pelbagai lagi.

5-Dalam aspek hubungan sosial kemasyarakatan, Keharmonian Sosial yg telah digagaskan oleh Islam perlu diaplikasi dalam kepelbagaian kaum yg wujud dalam negara kita pada hari ini. PAS perlu terkehadapan dalam mewujudkan keharmonian sosial. Polarisasi kaum yg wujud atau sengaja diwujudkan demi kepentingan pihak tertentu perlu diatasi dengan penyelesaian Islam sebagai Agama yg membawa rahmat kepada seluruh alam. Justeru, sayap Dewan Himpunan PAS Pusat DHPP yg sedia ada wajar dijadikan sebagai ruang dalam melakukan integrasi nasional antara kaum dalam mewujudkan kesejahteraan antara kepelbagaian etnik dan kaum.

6-Perjuangan kita merubah dasar. Maka dasar islam wajib difahami kemas oleh kita sebagai kepimpinan PAS.
Hari ini kita menyaksikan kegagalan teori ekonomi kapitalisme. Dasar yang menyuburkan monopoli golongan 1%, serta amalan riba yang memenjarakan kebebasan berekonomi golongan 99%.
Ayuh kita menilai, apakah beza dasar ekonomi yang didukung oleh parti² saingan kita baik dari BN & PH. Hakikatnya mereka saling berkongsi dasar penyelesaian versi manusia, meninggalkan solusi versi Allah.
Justeru, kami mengajak agar kita membawa penerangan yang mendasar beserta solusi, bukan sekadar berorentasi isu yang hanya bergantung dengan salah laku pihak musuh.

Realiti Kemampanan dan Keadilan Ekonomi Negara?
Data yg dikeluarkan melalui Paras Garis Kemiskinan Nasional (PGK) mencatatkan pendapatan isi rumah sebulan di semenanjung RM 930, Sabah RM1170, Sarawak RM990 manakala Miskin Tegar dengan pendapatan RM600 sebulan. Tetapi perlu diingat, indikator PGK ini berteraskan kepada pendapatan yg mencukupi bagi memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan. Realitinya yg berlaku, jurang pendapatan semakin lama semakin melebar. Yang kaya terus menikmati kekayaan dan yg miskin terus menagih kehidupan.

“مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ”

[Al-Hashr:7]

“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)”

Di WP, Pusat Transit Gelandangan KL yg disediakan di Jalan Pahang oleh kerajaan tidak lain tidak bukan sekadar mengalih permasalahan ketidakstabilan ekonomi dikalangan rakyat. GPK yg digunapakai hari ini mesti melalui penyiasatan menyeluruh dalam meletakkan GPK dengan mengambil kira peningkatan harga minyak dan kenaikan tarif elektrik seterusnya menyukarkan kuasa beli bg rakyat yg berpendapatan dari GPK yg disediakan. Pengawalan Terhadap faktor2 Persekitaran Penetapan Harga Barang & Perkhidmatan seperti Penetapan Kos Pengangkutan Barang dengan Persatuan Pengusaha Pengangkutan dengan Kerjasama Kementerian Pengangkutan untuk menetapkan kadar tarif caj pengangkutan, penyediaan infrastruktur dan penggalakan berterusan persekitaran perniagaan atas talian, penambahbaikan ruang lingkup dan infrastruktur perniagaan berasaskan koperasi. Cadangan Semakan ke atas Akta Pengangkutan ke atas had muatan maksima untuk mengoptimumkan kos per kg barang dagangan yang dibawa juga mungkin boleh diperbahaskan tanpan mengkesampingkan keselamatan dan kestabilan pengguna jalan raya. Memulakan infrastruktur ekonomi berasaskan waqaf sebagai sumber utama kewangan untuk muslim dan infrastruktur awam dan penebusan perjanjian2 berat sebelah yang telah dibuat oleh kerajaan sedia ada.

Maka, PAS perlu hadir dengan penyelesaian yg bersifat jangka masa panjang. Pujian harus diberikan terhadap usaha yg telah dilakukan oleh pakar-pakar ekonomi dalam PAS apabila berjaya mengeluarkan sebuah Dokumen Hijau sebagai solusi ekonomi yg dicadangkan dalam menyelesaikan ekonomi rakyat. Instrumen melalui cukai transasksi saham dan cukai simpanan koprat dijangka mampu memperolehi kutipan yg lebih tinggi berbanding kutipan GST yg dicatatkan sebanyak 39Bilion setahun. Kutipan yg dicadangkan oleh PAS ini, tidak melibatkan rakyat miskin dalam kutipan tetapi hanya dikalangan golongan kaya yg terlibat sahaja.

7-Maka, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dan Jentera Penerangan Parti perlu meningkatkan lagi penyelidikan dan penerangan terhadap rakyat atas solusi yg dicadangkan oleh PAS ini agar kesedaran rakyat bandar dan luar bandar dapat merasai kewujudan solusi PAS dan seterusnya memahami agenda Kesejahteraan Bersama Islam yg disarankan oleh Islam.

8-Selain itu, melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) iaitu Politik Keutamaan Rakyat perlu diteruskan dan dijayakan. Partisipasi antara rakyat dan pemimpin dalam melahirkan idea dan cadangan yg berpijak di atas prinsip Islam perlu diperbanyakkan dan dipelbagai. Kita yakin Sesi dialog dan wacana bersama golongan pakar dalam memberikan sumbangan membangunkan negara akan diterima baik oleh rakyat seterusnya melahirkan sikap kebertanggungjawaban secara bersama. Atas faktor ini, idea Kerajaan Teknokrat dari Tuan Guru tidak wajar dibiarkan berlalu tanpa dicanai dgn pelan tindakan yg bersifat jangka pendek dan panjang.

8-Ketelusan dan Good Governance yg semakin parah dalam urustadbir negara pada hari ini saban hari menyesakkan dada dan minda rakyat. Penangkapan demi penangkapan yg melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam mengurus tadbir negara perlu diberikan solusi oleh PAS. Dasar pentadbiran melalui roh Ubudiyah, Mas’uliah dan Itqan (UMI) dari kerajaan negeri kelantan wajar dijadikan model good governance dan boleh ditambah baik dalam mempraktiskan pentadbiran yg mempunyai hubungan antara makhluk dan al Khalik.

يا عمرو، نعم المال الصالح للمرء الصالح
رواه أحمد

Wahai Amru, sebaik-baik harta adalah harta yg dimiliki oleh hamba yg soleh

وإذ قال ربك للملائكة إني جاعل في الأرض خليفة ۖ
قالوا أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك ۖ قال إني أعلم ما لا تعلمون

[Quran 2:30]

Ancaman Antarabangsa

Semua gerakan Islam terdedah dengan projek Islamphobia tajaan Barat untuk memaksa kita tunduk dengan projek liberalisasi mereka.
Kita perlu berwaspada dengan mainan ideologi yang melatari mainan politik, agar PAS dapat dikekalkan jatidirinya.
Menyedari potensi PAS yang terkehadapan berbanding gerakan Islam di negara-negara lain, kita juga perlu berwaspada dengan ancaman antarabangsa terhadap PAS.
Tidak logik sama sekali musuh membiarkan kita selesa, kononnya sudah bersih.
Jangan sekadar kita berbangga dengan pencapaian TGHH di persada antarabangsa, tetapi kita tidak menekuni manhaj yang diketengahkan olehnya
Krisis Asia Barat, membuktikan betapa rabunnya umat Islam dalam menilai permainan Barat.
Polemik mazhab & bangsa dijadikan modal untuk mempertembungkan sesama ahli kiblat agar saling berbunuh.
Kami menyeru agar kita jangan terperangkap dengan mainan polemik mazhab. Sunni vs syiah, khalaf vs salaf.
Jika kita gagal menangani polemik ini, maka kita hanya mengulangi kesilapan saudara2 kita di rantau Asia Barat.

“يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ فَانفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انفِرُوا جَمِيعًا”

“Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.”

[Al Nisa’: 71]

Mohd Farkhan Md Zain
Ketua Dewan Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan