Home Pusat DPPM Sasar 60% Undi Anak Muda

DPPM Sasar 60% Undi Anak Muda

66 views
0
SHARE

ALOR SETAR, 1 Mei – Dewan Pemuda PAS Malaysia menzahirkan tekad membantu parti memacu kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti serta mensasarkan meraih sekurang-kurangnya 60 peratus undi golongan muda.

Demikian menurut Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapan penggulungannya sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 yang bakal melabuhkan tirai sebentar lagi.

Dalam ucapan beliau itu juga, beliau turut membalas stereotaip sesetengah pihak yang mengatakan PAS sekadar ‘Parti Pak Lebai’.

“Kita nak beritahu bahawa ‘Parti Pak Lebai’ inilah yang terbukti bersih dari sebarang kepincangan politik sekular, ‘Parti Pak Lebai’ inilah yang berjaya melebaikan profesional dan aktivis. ‘Parti Pak Lebai’ ini jugalah yang menjadi benteng utama mempertahankan Islam,” ujarnya penuh semangat.