Home Pusat Istiqamah Dengan Islam Kunci Kemenangan – Presiden PAS

Istiqamah Dengan Islam Kunci Kemenangan – Presiden PAS

324 views
0
SHARE

Istiqamah Dengan Islam Kunci Kemenangan – Presiden PAS

Oleh: Asyraf

ALOR SETAR, 1 Mei – Kisah Talut bersama tentera dan Perang Uhud menjadi sajian kepada semua perwakilan dan pemerhati Muktamar PAS ke-63 kali ini untuk diambil pengajaran daripada kisahnya.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memetik sirah kisah Talut semasa arahan diberikan kepada tenteranya supaya tidak meminum air sungai.

Arahan tersebut jelasnya ternyata menguji ketaatan antara jundi (tentera) dan qiyadah (pimpinan).

“Talut menyediakan 80,000 bala tentera. Hanya 4,000 sahaja yang istiqamah, sementara yang lain ‘makan dedak,'” kata Tuan Guru, merujuk kepada tindakan mengambil imbuhan dan menjual ketaatan menggunakan istilah yang popular dalam politik negara masa kini.

“Hasil daripada ketaatan ini walaupun bilangan tentera hanya berbaki 4,000, Talut dan tenteranya memperoleh kemenangan,” katanya.

Meneruskan ucapan, Tuan Guru juga menyingkap kembali sirah perperangan Uhud yang dilalui Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat.

“Tentera disediakan seramai 1,000 orang itu tetapi pada pertengahan perjalanan, berbaki 700 orang yang betul-betul ikhlas telah menemui kemenangan pada pusingan awal.

“Walaupun peristiwa Uhud dikurniakan kemenangan, maka Allah memberikan pengajaran supaya kita istiqamah. Menang atau kalah,” terang beliau.

Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan Ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar PAS Pusat Kali ke-63 sebagai Presiden PAS sesi 2017/2019.