Home Pusat Jentera Pilihan Raya PAS Siap Sedia Hadapi PRU 14

Jentera Pilihan Raya PAS Siap Sedia Hadapi PRU 14

139 views
0
SHARE

Jentera Pilihan Raya PAS Siap Sedia Hadapi PRU 14

ALOR SETAR, 1 Mei- Dalam ucapan penggulungannya, Pengerusi Jabatan Pilihanraya PAS, Dato’ Haji Mustafa Ali berkata semua jentera pilihan raya negeri termasuk Sabah dan Sarawak telah bersedia menghadapi PRU 14 yang dijangka berlaku bila-bila masa seawal September tahun ini.

Kata-kata beliau ini memberi isyarat bahawa PAS sudah bersiap sedia bila-bila pun parlimen dibubarkan untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau juga turut menyentuh kesungguhan PAS membentuk jentera pilihanraya yang kompeten melalui Institut Latihan Pilihanraya PAS (ILPAS) yang dirasmikan pada tahun 2010.

“Dalam memenuhi keperluan jabatan ini, kepakaran satu-satu bidang amat penting. Justeru, PAS adalah satu-satunya parti yang mempunyai Institut Latihan Pilihanrayanya sendiri (ILPAS), yang saya rasa UMNO-BN tidak ada kerana banyak bergantung kepada jentera dan agensi kerajaan,” ujarnya.

Selain pemerkasaan jentera pilihanraya, beliau juga menekankan elemen sokongan rakyat dan strategi berkesan yang dilihat mampu mempengaruhi keputusan kalah – menang PAS dalam pilihan raya.