Home Pusat PAS Kuat Dengan Tarbiyah – Ustaz Idris Ahmad

PAS Kuat Dengan Tarbiyah – Ustaz Idris Ahmad

148 views
0
SHARE

ALOR SETAR, 1 Mei – Muktamar yang memasuki hari terakhir tertumpu kepada Ucapan Penggulungan pucuk pimpinan tertinggi PAS.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya menekankan soal tarbiyah sama ada di peringkat pimpinan mahupun ahli PAS keseluruhannya.

“Jati diri adalah perkara yang kita nak bentuk dari peringkat pimpinan sehinggalah kepada ahli.

“Kita berharap agar program tarbiyyah seperti tamrin, usrah, liqa, jaulah kena ada di semua peringkat.

“Ini kekuatan yang kita ada,” tegas beliau.

Ulasnya, tarbiyah adalah penting untuk mengajak masyarakat mengenali Islam.

Selain itu, beliau yang juga merangkap Pengerusi HARAKAH menggesa setiap cwangan untuk sama-sama menyokong harakah sebagai lidah rasmi parti.

Dalam masa sama, Ustaz Idris Ahmad menekankan penggunaan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan maklumat jemaah di kalangan ahli PAS sambil berpesan supaya ia digunakan untuk menjawab segala bentuk serangan dengan cara yang baik.