Home Info PAS Tekad Bela Peneroka Tanah Rancangan

PAS Tekad Bela Peneroka Tanah Rancangan

65 views
0
SHARE

PAS Tekad Bela Peneroka Tanah Rancangan

ALOR SETAR, 1 Mei – Agenda Ucapan Penggulungan Pimpinan diteruskan lagi pagi ini dengan ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Razman Zakaria selaku Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal.

Ujarnya, portfolio pembangunan tanah banyak memberi tumpuan kepada mereka di FELDA, FELCRA dan lain-lain tanah rancangan.

“Peneroka bandar adalah mereka yang berhijrah ke bandar tetapi terkesan dengan pembangunan di sana dan akhirnya mereka terpinggir,” tambahnya lagi.

Ketika ucapan tersebut, beliau turut memberi respon kepada soalan dan cadangan yang dilontarkan semalam oleh perwakilan dari Johor, Pahang dan Terengganu berkaitan isu FELDA.

Jelasnya, sejak awal sesi 2015 hingga kini, pelbagai NGO ditubuhkan menghubungkan PAS khususnya Lajnah dengan masyarakat sasaran antaranya Generasi dan FELDAWATI.

Tuan Haji Razman Zakaria juga mencadangkan kepimpinan akan datang agar menubuhkan satu jabatan khas bagi menangani isu-isu FELDA dan kebajikan peneroka terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum yang semakin menghampiri di mana lebih 50 kerusi Parlimen mempunyai rancangan tanah diduduki para peneroka.

Beliau turut mencadangkan supaya jawatankuasa turun ke negeri-negeri bagi melahirkan ikon-ikon pejuang isu selain mengadakan program bagi menarik hati masyarakat peneroka.

Terdahulu, satu usul bersama DPPM dan DMPM telah dibahaskan semalam masing-masing mencadangkan satu Lajnah di bawah PAS Pusat yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal FELDA ditubuhkan.