Home Pusat Pemilihan AJK Pusat 2017-2019, Tiga Naib Presiden Kekal

Pemilihan AJK Pusat 2017-2019, Tiga Naib Presiden Kekal

855 views
0
SHARE

ALOR SETAR, 1 Mei – Tiga Naib Presiden PAS mengekalkan jawatan masing-masing untuk penggal 2017-2019, demikian diumumkan oleh Lembaga Pemilihan PAS Pusat petang tadi.

Ustaz Idris Ahmad, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, dan Dato’ Iskandar Abdul Samad kekal sebagai Naib Presiden.

Ustaz Idris memperolehi undi tertinggi, seterusnya diikuti Mohd Amar, dan Iskandar seperti diumumkan Pengerusi LPPP, Dato’ Wan Mutalib Embong.

Manakala, satu-satunya calon baharu selaku pencabar yang turut bertanding untuk jawatan tersebut, Ustaz Nasrudin tidak dipilih.