Home Pusat Penggunaan IT Diperkasakan Dalam Pentadbiran PAS

Penggunaan IT Diperkasakan Dalam Pentadbiran PAS

28 views
0
SHARE

ALOR SETAR, 1 Mei – Y.B Dato’ Takiyuddin Hassan dalam ucapan penggulungan beliau telah menyatakan bahawa PAS Pusat telah memperkasakan penggunaan IT di dalam pentadbiran PAS Pusat.

PAS Pusat telah mewujudkan pendaftaran keahlian PAS melalui talian di mana dalam masa 4 bulan, seramai 19877 orang ahli baru telah didaftarkan melalui talian.

“Muktamar pada kali ini juga telah mengaplikasikan sistem e-voting dalam proses pemilihan pada kali ini dan hasilnya amat memberansangkan”, ujar Y.B Dato’ Hj Takiyuddin Hassan yang juga merupakan Setiausaha Agung PAS Pusat.

“PAS Pusat juga telah memberi arahan kepada semua negeri agar menambah jumlah keahlian baru sebanyak 15% dari jumlah yang sedia ada”, tambah beliau mengakhiri ucapan penggulungan ini.