Home Pusat Penyelarasan Penting Untuk Jamin Kesinambungan Pendidikan PAS

Penyelarasan Penting Untuk Jamin Kesinambungan Pendidikan PAS

69 views
0
SHARE

Penyelarasan Penting Untuk Jamin Kesinambungan Pendidikan PAS

Oleh : Asyraf Hanif

Alor Setar, 1 Mei – YB Dato’ Hj Mohd Amar Bin Abdullah sebagai Naib Presiden merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan, menjawab isu pendidikan yang ditimbulkan wakil dari Kalabakan.

Beliau telah menyatakan tentang dua badan yang ada iaitu Lajnah Pendidikan dan Majlis Pendidikan.

Lajnah Pendidikan bertanggungjawab menguruskan isu-isu yang melibatkan pendidikan dan begitu juga berkaitan dasar pendidikan negara.

Manakala Majlis Pendidikan pula berperanan menguruskan penubuhan institusi pendidikan dan juga menguruskan silibus-silibus institusi pendidikan yang berada dibawah PAS.

“Perlu ada satu penyelarasan bagi ketiga-tiga dewan (Pemuda, Muslimat dan Ulamak) ini supaya pendidikan kita ini ada kesinambungan bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan sehingga ke peringkat pengajian tinggi,” cadang beliau berikutan dewan-dewan ingin menubuhkan institusi pendidikan masing-masing.

Beliau menyifatkan penyelarasan ini penting bagi memelihara fikrah anak didik yang telah mengikut siri tarbiyah di pusat pendidikan di bawah PAS.

Beliau juga menyenaraikan tiga Non-government Organisation (NGO) yang berada di bawah Lajnah Pendidikan iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) dan Pasukan Sukarelawan Pendidik Rakyat (KAWAN).