Home Pusat Politik Matang dan Sejahtera Bersumber Ajaran Islam – Presiden PAS

Politik Matang dan Sejahtera Bersumber Ajaran Islam – Presiden PAS

241 views
0
SHARE

Politik Matang dan Sejahtera Bersumber Ajaran Islam – Presiden PAS

ALOR SETAR, 1 Mei – Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diamalkan PAS adalah berdasarkan apa yang diajar Islam.

Penegasan tersebut dibuat dalam ucapan penggulungan beliau sebagai agenda penutup Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63.

“Budaya matang yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w. selepas Perjanjian Hudaibiyah menjadi asas kepada prinsip BPMS yang dibawa PAS pada hari ini.

“Tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) adalah antara bukti kepada berjayanya BPMS yang telah diaplikasikan PAS sejak sekian lama,” terang beliau.

Beliau juga menjelaskan bahawa Islam mengajar ummatnya menjaga sensitiviti agama dengan memetik ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

“Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Ulasnya, dalam menjaga keharmonian negara, sikap saling menghormati antara satu sama lain amat penting demi menjadikan negara lebih stabil.