Home Pusat Seruan Menubuhkan Pusat Penyelidikan PAS Di Setiap Negeri

Seruan Menubuhkan Pusat Penyelidikan PAS Di Setiap Negeri

94 views
0
SHARE

Seruan Menubuhkan Pusat Penyelidikan PAS Di Setiap Negeri

Oleh : Asyraf Hanif

ALOR SETAR, 1 Mei – Dr. Hj. Mohd Zuhdi Marzuki menekankan perkara penting dari penyelidikan PAS yang perlu dilaksanakan oleh PAS kawasan atau negeri di dalam mendepani PRU-14.

“Politik Malaysia pada hari ini makin menuju kepada sebuah politik berdasarkan pengetahuan (Knowledgable Politics),” Kata beliau.

Berikutan perkara ini, beliau menyebut wujudnya pusat-pusat penyelidikan yang bebas dan ada juga yang kelihatan bebas tetapi cenderung kepada parti politik.

Antara pusat penyelidikan yang cenderung kepada parti politik adalah seperti INVOKE (PKR), Institut Darul Ehsan (PKR – dibiayai kerajaan negeri), Penang Institute (DAP) dan Ilham Center (PAN).

Begitu juga dengan PAS dimana terdapat beberapa Pusat Penyelidikan yang dibuat di bawah PAS.

Antaranya Institut Kajian Strategik (IKS – Kerajaan Kelantan) dan Strategic Research Center (Perak), yang menjalankan penyelidikan terhadap kawasan masing-masing khususnya berkenaan masalah yang berlaku.

Beliau juga menyeru setiap kawasan atau negeri untuk mewujudkan pusat penyelidikan dan sekiranya kawasan atau negeri tidak mampu, Lajnah Penyelidikan PAS Pusat akan turun membantu.