Home Pusat Sistem ‘E-undi’ Muktamar 63 Indikator Proses Pemilihan Parti

Sistem ‘E-undi’ Muktamar 63 Indikator Proses Pemilihan Parti

89 views
0
SHARE

 

ALOR SETAR, 1 Mei – Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi selaku Pengarah Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 berkata proses pemilihan tahun ini yang menggunakan sistem pengundian elektronik menjadi indikator proses pemilihan parti pada masa akan datang.

Sistem pengundian elektronik ini berjalan dengan lancar pada hari pengundian 29 April lalu, berlangsung selama sekitar tiga jam.

Sistem undian baharu ini seiring peredaran zaman dan kali pertama digunakan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk penggal 2017-2019 pada tahun ini.

Sistem pengundian elektronik ini, menurut Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat dapat menjadikan proses pengundian lebih efisyen dan telus.

Mengulas insiden ribut yang berlaku, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah turut menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa bencana tempoh hari.

“Kita menerima kerjasama Jabatan Amal, Briged Muslimat serta Medik PAS yang melaksanakan tanggungjawab dengan pantas serta kepada rakan-rakan kita yang pakar dalam pengurusan bencana menghubungi pihak berkenaan bagi mengambil tindakan.”