Home Pusat “Sumbang Kepada Jemaah Ikut Kemampuan”

“Sumbang Kepada Jemaah Ikut Kemampuan”

187 views
0
SHARE

ALOR SETAR, 1 Mei – Ahli-ahli PAS mesti memberi sumbangan kepada perjuangan ini menurut kemampuan masing-masing, dan tidak wajar menyembunyikan kemampuan.

Demikian tegas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya petang ini.

Katanya, ahli-ahli PAS mesti membantu sedaya yang mampu perjuangan Islam ini

“Allah tahu kemampuan setiap kita, jadi janganlah kita menyembunyikan kemampuan kita dalam memberi sumbangan kepada perjuangan,” kata Tuan Guru Abdul Hadi.

Tuan Guru menyebut jangan ada yang hanya memberi sumbangan kewangan yang kecil sedangkan dia mampu memberi sumbangan yang lebih besar.