Home Pusat Tidak Boleh Setuju Dengan Pihak Lawan Islam

Tidak Boleh Setuju Dengan Pihak Lawan Islam

544 views
0
SHARE

ALOR SETAR, 1 Mei – Kita tidak boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pihak yang menentang Islam, tegas Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63 petang ini.

Merujuk kepada pihak-pihak yang menentang perjuangan Islam PAS dan usaha memartabatkan Islam di negara ini, Tuan Guru Abdul Hadi menyifatkan sikap bersetuju untuk tidak bersetuju itu sebagai satu sikap yang salah.

“Ada yang menerima pendekatan ‘agree to disagree,’ tapi bagaimana kita hendak bersetuju dengan kumpulan yang melawan Islam?, soal Tuan Guru.

Pakatan-pakatan politik parti pembangkang peringkat persekutuan sering menegaskan prinsip ini dalam menjalinkan kerjasama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menegaskan prinsip ” agree to disagree” ini sebagai asas yang perlu diterima semua, dan gabungan Pakatan Harapan turut melaksanakan prinsip ini.