Home Pusat Jangan Permainkan Agama Islam – Presiden PAS

Jangan Permainkan Agama Islam – Presiden PAS

597 views
0
SHARE

Jangan Permainkan Agama Islam – Presiden PAS

Oleh: Asyraf Hanif

ALOR SETAR, 2 Mei – Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengkaji semula parti-parti politik yang melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63.

Gesaan ini ekoran daripada keadaan politik semasa yang semakin membimbangkan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan bangsa di negara ini.

“Saya meminta ROS agar mengkaji semula status pertubuhan-pertubuhan yang tidak menghormati Islam sebagai agama persekutuan, tidak menghormati Raja Berperlembagaan, tidak menghormati bahasa Melayu dan tidak menghormati hak Bumiputera,” gesa beliau.

Beliau juga turut mempersoalkan keadaan beberapa parti pembangkang yang dahulunya berjanji untuk “agree to diasgree” tetapi ternyata apa yang mereka ungkapkan itu hanyalah “menanam tebu di bibir.”

Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3(1) menyebut Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Tindakan beberapa ahli Parlimen yang cuba menghalang proses pindaan akta Rang Undang-Undang 355 (RUU355) jelas bertentangan dengan perlembagaan yang menghalang hak orang islam didalam mengamalkan agama mereka.

“Jangan permainkan agama Islam yang dilindungi oleh perlembagaan Malaysia,” tambah beliau.