Home Muktamar62 Artikel 29 Hastag Simpulkan Gagasan Dewan Pemuda

29 Hastag Simpulkan Gagasan Dewan Pemuda

127
SHARE

KOTA BHARU : Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam ucaptama Ketua Pemudanya, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz telah merumuskan fokus pembawakan mereka dalam 29 Hastag pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali ke 57.

Ucaptama yang telah disempurnakan kira-kira jam 5.30 petang semalam oleh YB Ust Nik Abduh di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre telah memberi gambaran jelas berkaitan gagasan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sebahagian senarai hastag yang dipromosikan adalah ‪#‎DPPM‬,‪#‎BertekadMelabarMuafakat‬‪#‎PengukuhanDalaman‬‪#‎MuafakatRakyat‬,‪#‎PolitikSolusi‬‪#‎WIN‬ (Wawasan Induk Negara), ‪#‎BPMS‬ (Budaya Politik Matang dan Sejahtera), ‪#‎WaQudsah‬‪#‎SyariahBerperlembagaan‬,‪#‎IndahnyaISLAM‬‪#‎KPI‬‪#‎entrypoint‬ (Perkaderan),  ‪#‎touchpoint‬ (Dakwah), ‪#‎engagement‬ (Siasah), ‪#‎UsrahRemaja‬‪#‎AlQawiyyAlAmin‬, #1-in-a-Million,‪ #‎gradPASTI‬‪#‎untappedmarket‬‪#‎TT4M‬ (Teh Tarik For Malaysia),‪#‎OpsKembali‬‪#‎HeroKami‬ (PRN Sarawak), ‪#‎PemudaIkhlas‬,‪#‎TarbiahMantap‬‪#‎JalinUkhuwwah‬‪#‎DuniaAman‬‪#‎TeamPemuda‬,‪#‎TogetherGather‬‪#‎Sirru‬.

Keseluruhan hastag tersebut di ekstrak daripada isi teras perjuangan PAS dan strategi pembawakan Dewan Pemuda PAS itu sendiri.

Ustaz Nik Abduh juga turut membacakan seutai pantun buat seluruh para pemuda PAS dalam ucapannya semalam.

Jikalau kekanda mengangkat peti,
Pastikan benar muatnya barang,
Jikalau Pemuda bersatu hati,
Kerja yang sukat menjadi senang.

 

Zaim As-sibaie