Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Adakah Saya Perlu ‘convert’ Untuk Masuk PAS?

Adakah Saya Perlu ‘convert’ Untuk Masuk PAS?

134
SHARE

Adakah Saya Perlu ‘convert’ Untuk Masuk PAS?

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – 11 tahun bersama PAS, banyak dugaan dan persepsi buruk yang terpaksa ditelan namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat untuk berjuang bersama PAS.

“Dulu saya terfikir perlu ke saya ‘convert’ untuk masuk PAS”, ujar Saudari Kumutha ketika dinobatkan sebagai penerima Anugerah Wanita Cekal semasa Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) ke-58 hari ini.

Beliau yang baru saja kehilangan ayahnya turut dicalonkan sebagai calon PAS sejak tahun 2008 lagi.

Atas dasar keyakinan bersama parti ini, beliau tetap istiqamah dengan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dan turut mengajak golongan non-muslim yang lain untuk turut bersama parti ini.