Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Agama Teras Utama Elak Negara Pincang

Agama Teras Utama Elak Negara Pincang

95
SHARE

Oleh : Mohamad Syakir

Indera Mahkota, 20 Jun – Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed dalam ucap utama sempena Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-58 mengatakan betapa pentingnya peranan agama dalam sesebuah pentadbiran negara.

“Kepincangan sesuatu pentadbiran dalam sesebuah negara berlaku apabila hilangnya nilai agama dan musnahnya soal amanah dan integriti.”

“Ini kerana agama merupakan asas kepada hala tuju sesebuah negara yang ditadbir.”

Menurut beliau lagi, elemen agama Islam dalam politik tidak boleh dipandang ringan walaupun Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya demokrasi.

“Walaupun dalam konteks pilihan raya yang dijalankan bukanlah memilih agama, namun kepentingan parti politik yang memperjuangkan agama Islam adalah sangat penting.”

“Kesannya dapat dilihat pada pasca PRU-14 apabila perubahan yang dilakukan tidak lebih hanya pada semangat dan emosi sahaja.”