Home Muktamar PAS Ke 64 Ahli PAS Diminta Bersedia Hadapi Cabaran

Ahli PAS Diminta Bersedia Hadapi Cabaran

15
SHARE

Ahli PAS Diminta Bersedia Hadapi Cabaran

Oleh : Farouk Hamzah

Kuala Nerus, 16 sept : Tema muktamar PAS ‘Islam Memimpin’ adalah tema yang bersesuaian kerana kita telah keluar dari kepimpinan UMNO yang memerintah lebih 60 tahun dan kegagalan kerajaan Pakatan memerintah pada hari ini, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Khalil.

Ulasnya, kemenangan Negeri Terengganu dan Kelantan menjadi contoh sebagai Islam memimpin.

“Ketika mana Islam memimpin, ia akan ada cabaran dan ujian.

“Sebagai contoh ketika Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman terhadapat golongan yang melakukan kesalahan LGBT dan menjadi perhatian media luar negara.

“Ini menjadi signal bahawa bila PAS meletakan Islam sebagai landasan, PAS akan ada cabaran dan ujian,” ucapnya.