Home Muktamar PAS Ke 64 Ahli PAS Mesti Teladani Muhajirin Dan Ansar

Ahli PAS Mesti Teladani Muhajirin Dan Ansar

3
SHARE

Oeh: Ustaz Nik Nasri

KUALA TERENGGANU, 16 Sept
‘Orang mukmin sebenar ialah yang mengikut teladan Muhajirin dan Ansar. Di Mekah, Muhajirin diuji dengan dahsyat. Contoh seperti Khabab bin Al-Arat dan lain-lain menjadi teladan yang sangat hebat dari keimanannya.

Khabbab bin Al-Arat disiksa, minta Nabi berdoa kepada Allah, memohon supaya Allah bantu mereka. Nabi jawab bahawa orang terdahulu diuji lebih hebat, tetapi kamu adalah orang yang gopoh.’

Demikian penegasan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada perwakilan PAS dalam ucapan penutupnya.

Beliau menambah, Ansar setia dengan Bai’ah. Orang Arab lain tidak terima melainkan Aus dan Khazraj.

Katanya, isi penting bai’ah ialah dengar dan taat, menyumbang kepada Islam senang atau susah, tidak peduli celaan orang yang mencela, pertahankan Nabi bila Nabi datang kepada mereka.

Justeru, menjadi kewajipan perwakilan, ahli, dan pendokong PAS menghayati ciri-ciri Rabbani yang ada kepada golongan Muhajirin dan Ansar; yang pernah menegakkan Islam bersama dengan Nabi Muhammad SAW ini, sebagaimana yang ditegaskan oleh Presiden PAS.

SHARE
Previous articleHijau.FM Serikan Muktamar PAS Ke-64