Home Muktamar61 Artikel Ahli PAS Perlu Bersatu Hati – DHPP

Ahli PAS Perlu Bersatu Hati – DHPP

96
SHARE

KUALA SELANGOR, 6 Jun – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, En Balasubraniam membuat ucapan penggulungan dengan dengan menyebut tentang tema muktamar beristiqomah hingga kemenangan.

Beliau mengatakan bahawa DHPP memasuki PAS kerana ia lebih baik dari BN. Parti diuji dengan suasana tidak harmoni kerana konflik melabel di antara ahli. Beliau membuat persoalan, al-Quran tidak pernah mengajar umatnya untuk saling bermusuh dan meminta setiap ahli dapat menghentikan konflik.

Saranan beliau untuk memohon para ulama memberi teguran kepada pihak yang memfitnah. Beliau mengharapkan agar penyatuan hati orang PAS di dalam pelbagai pemikiran dapat dilakukan.