Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Aktivisme Muslimat Perlu Disokong

Aktivisme Muslimat Perlu Disokong

33
SHARE

Aktivisme Muslimat Perlu Disokong

OLEH : ‘ AISYAA YASMIN

KUALA LUMPUR : Islam meletakkan peranan besar ke atas wanita setaraf dengan lelaki dari sudut urusan dakwah dan kepimpinan luar rumah khususnya perkara-perkara yang melibatkan urusan wanita itu sendiri.

Justeru pembabitan mereka ini perlu mendapat sokongan dari ahli keluarga terutamanya suami dalam memupuk kefahaman dan kerjasama bagi mengelakkan masalah lain timbul pada masa akan datang

Demikian menurut Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika menjelaskan betapa wanita mengharapkan sokongan dari keluarga terutamanya suami dalam meneruskan gerak kerja dakwah dan politik ketika berucap di Hotel Primera Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, pencapaian Muslimat PAS dalam melahirkan petugas dakwah yang aktif dan berwibawa antara hasil sokongan padu semua lapisan masyarakat.

Antaranya, DMPM telah berjaya menubuhkan Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA), Jabatan Muslimat Medikal (MusMedik), Skuad Prihatin dan banyak lagi.

Sungguh pun begitu, pembabitan wanita dalam arena dakwah dan politik ini tidak pula membebaskan mereka daripada tanggungjawab terhadap keluarga, sebaliknya wanita tetap perlu menjalankan tanggungjawab hakiki sebagai isteri dan ibu.

Malah dengan sokongan dari keluarga dan suami terutamanya, akan membolehkan wanita terus menyumbang kepada masyarakat dengan produktif tanpa mengabaikan tanggungjawab asas mereka kepada keluarga.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-60 bermula 11 September 2020.