Home Muktamar PAS Ke 64 Ambil Peluang Kemenangan Untuk Tunjuk Contoh Islam Sebenar

Ambil Peluang Kemenangan Untuk Tunjuk Contoh Islam Sebenar

41
SHARE

Oleh : Farouk Hamzah

KUALA TERENGGANU, 15 sept : Kemenangan merupakan ujian yang berat yang perlu dihadapai oleh pimpinan yang menang dalam negeri khususnya Teregganu dan Kelantan.

Sahar Abd Majid, perwakilan Sabah berkata negeri di bawah pentadbiran PAS kini adalah contoh terbaik.

“PAS menjadikan Terengganu dan Kelantan, yang kami jaja di ke seluruh negeri Sabah sebagai sebuah parti yang bebas dari penyelewengan dan rasuah dan sebab itu mereka meminati PAS.

“Kalau sebut sahaja orang-orang PAS mereka boleh lihat di masjid-masjid, kalau mereka diberikan amanah dalam kerajaan atau swasta, mereka menunjukan contoh yang terbaik kepada majikan mereka,” katanya.

Jelas beliau, ia merupakan satu perjajian yang berat sebelah; semangat federalisma daripada kerajaan persekutuan yang tidak dilaksanakan dengan baik.

“PAS harus mengambil posisi yang sungguh dan fokus perkembangan islam di negeri sabah dan Sarawak kerana dua negeri ini mempunyai 56 kerusi parlimen yang menjadi asas kemenangan,” tambah beliau.