Home Muktamar PAS Ke 65 Anak muda nyatakan hasrat mereka mengenai PAS

Anak muda nyatakan hasrat mereka mengenai PAS

1
SHARE

Oleh: AIMAN NAZRAN

KUANTAN: Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 yang sedang berlangsung ternyata mendapat perhatian pelbagai pihak menyimpan hasrat besar  kepada parti Islam ini khususnya kalangan anak muda Malaysia.

Menurut Abdul Hadi, 23, anak muda yang sifatnya suka terikut-ikut dengan sesuatu perkara baru berharap PAS mampu memperkasakan anak muda untuk istiqamah bertindak mengikut akhlak Islam.

Manakala Muhammad Yusuf Suhaimi, 25, dari Sungai Petani mahu PAS membawa idea-idea baru kepada anak muda dan sudi mendengar pandangan baru ke arah perubahan pendekatan.

“Harap pemuda PAS kali ini yang baru dipilih dapat bagi idea-idea baru, untuk pemuda buat kerja daripada bawahan sampai ke atasan. Kita dengar pandangan-pandangan baru yang boleh ubah (kepada) cara yang baru,” ujarnya lagi.

Rata-rata remaja yang ditemui menyambut baik kehadiran PAS dalam negara dan berbesar hati sekiranya diberi ruang untuk menyumbang kepada organisasi PAS.

“Saya nampak pembangunan untuk anak muda (supaya) lebih fokus. Maknanya anak muda tu ada benda yang dia orang boleh sumbang,” luah Syed Lukmanul Hakim Syed Ahmad, 19, dari Kuala Terengganu.

Abdul Hadi Yusuf, 20 dan Mustaqim, 27, dari Kuala Terengganu juga sepakat mengenai kepentingan pemerkasaan media baru dan berharap PAS dapat memastikan maklumat benar sampai kepada anak muda, sekali gus menolak fitnah yang berleluasa.

Sementara Husna Alhami, 19, dari Gombak bersama cita-cita mahu meli hatini penyatupaduan orang Islam di Malaysia dan seterusnya membawa momentum ke arah perubahan tampuk kepimpinan negara.

Menurut beliau lagi, PAS atas sinonimnya dengan Islam perlu kepada kepimpinan yang dapat menjadi contoh kepada masyarakat seluruhnya. – HARAKAHDAILY 22/6/2019

IMG 20190622 WA0073Muhammad Yusuf
IMG 20190622 WA0072Luqmanul Hakim
IMG 20190622 WA0071Husna