Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Anugerah Khas Muktamar DMPM Mencetus Sebak

Anugerah Khas Muktamar DMPM Mencetus Sebak

6
0
SHARE

Anugerah Khas Muktamar DMPM Mencetus Sebak

Oleh: Rabiatul Adawiyah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-58 menyaksikan detik bersejarah apabila Anugerah Khas diberikan kepada Saudari Kumutha Raman, Ketua Dewan Himpunan Penyokong Muslimat PAS.

Sidang muktamirat dipertontonkan dengan montaj khas menelusuri perjalanan 11 tahun Kumutha bersama PAS dalam membawa Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di persada tanah air dengan tujuan mengetengahkan sokongan non-Muslim kepada PAS. Para perwakilan merasa terharu dan sebak atas kebersamaan beliau selama ini.

Usaha dan bantuan dari pihak DHPP sangat dihargai pihak DMPM sendiri dalam mengorak langkah wanita Malaysia untuk bersama Muslimat PAS.

Anugerah ini sekaligus mengiktiraf peranan besar yang harus dipikul DHPP dan DMPM agar terus berganding bahu memacu kemenangan PAS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here